Wednesday, 26 April 2017

tempat tempat menarik di lenggong perak



 Galeri Arkeologi Lenggong

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong turut juga dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan. Pelbagai artifak menarik yang dijumpai di Lenggong telah dipamerkan di galeri ini. Pemilihan lokasi pembangunan muzium ini adalah disebabkan oleh penemuan Kota Tampan sebagai tapak zaman Paleolitik yang telah wujud lebih 74000 tahun dahulu lagi. 


Tasik Raban

Tasik Raban merupakan sumber pendapatan penduduk sekitarnya. Terdapat perkhidmatan memancing dan aktiviti sukan air di Tasik Raban yang membolehkan pengunjung beriadah di sini. Pada tahun 2012 satu Pesta Sukan Air Tasik Raban telah dianjurkan di sini sempena tahun Melawat Perak 2012.


Lata Kekabu

Lata kekabu merupakan satu kawasan air terjun yang sangat mendamaikan. Kawasan hutannya yang sangat cantik dengan udara yang segar dipenuhi dengan pelbagai pokok seperti Meranti, Kempas, Jelutong, Keruing dan lain-lain lagi. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti kemudahan tapak khemah, dewan serba guna, surau dan bilik mandi.

No comments:

Post a Comment